Salam perjuangan
Tanggal 22 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 15 Jun 2009 (ISNIN) hampir jam 2.00 petang , aku telah kehilangan seorang insan yang penting dalam kehidupan ini iaitu ibuku telah kembali kerahmatullah di usia 59 tahun. Pemergiannya yang tiada pengganti. Aku bersyukur walaupun dalam kesibukan melaksanakan amanah perjuangan, Allah menerima doa ku supaya aku masih ada peluang berada di sisi ibuku dan dapat menjaga ibuku di hospital di saat terakhir bersama ibuku yang akan pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya menghadap Allah S.W.T.
Detik yang tidak aku lupakan dan aku mula menjangka akan kehilangan beliau ialah pada waktu asar hari sabtu dihospital di mana mak meminta aku menyelimutkan beliau dengan selimut yang tebal akibat rasa sejuk.Dan pada waktu zohor esoknya hari Ahad sebelum aku nak balik KL aku lihat ketika Along,Meyra ngan Kak Mezi angkat mak utk membetulkan lapik katil aku lihat diketika itu mak seperti akan pergi buat selamanya.Ya Allah..telah apa yg aku rasakan ini seseungguhnya benar.Aku akan kehilangan ibuku buat selama-lamanya…”Ampuni daku mak”….Aku tak seharusnya balik KL hari itu.Tapi Allah telah menentukan segalanya yang terbaik..Mak semakin lemah dan tak bermaya.. waktu itu juga penyakit kanser mak semakin teruk akibat kanser itu telah merebak ke seluruh bahagian usus. Mak juga sempat memohon maaf dengan sahabat-sahabatnya serta memberi pesan kepada adik ku meyra “Semua anak-anaknya jangan berpecah belah walau apa pun terjadi”… Aku juga sempat membacakan yassin, Dua hari sebelum mak menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Jenazah mak selamat disembahyang jam 10.00 malam dan disemadikan di kubur Felda Nitar 02 jam 10.30 malam…Doa ku setiap hari,setiap malam semoga rohnya dicucuri rahmat, dilepaskan azab kubur, dilepaskan azab api neraka dan dimasukkan ke syurga tanpa hisab serta ditempatkan bersama orang-orang mukmin, orang alim, para nabi dan isterinya, Rasullah dan para sahabat.Semoga mak damai di sana….
No comments:
Post a Comment