Monday, 26 April 2010

Comelnya Aliya bebel..


Video Aliya Adriana

C

Comeiiii nya Aliya adriana membebel ngan ibu ayah..

Aliya nak beritahu sesuatu ye sayang tapi ibu ayah tak faham lagi..

Cian nya dia..

Gambar Aliya Adriana yang terbaru



























Sunday, 25 April 2010

Pengalaman Melahirkan Aliya Adriana


















Hospital serdang,Selangor
23 disember 2009
rabu 8.00 pagi kena tahad wad....

Patot lah 3 malam aku tak leh tido..perot rasa sakit sangat..dibawa berehat ,tido pun sakit masih tak hilang-hilang..tapi takde tanda-tanda keluar darah atau pecah air ketuban..risau-risau hari ke empat suami terus bawak gi hospital..
Doktor cek..pastu kena tahan wad sebab dah terbuka 3cm.satu hari kat hospital..
Debaran dah dirasai masa tu..dab..dub..dab..dub.."Ya Allah..Kuatkan lah hamba mu ini"...

Tawakal saat Akhir
Mulut ni tak henti-henti berzikir..baca doa yg sedia ada..doa nabi yunus ditelan ikan nun,doa anak sihat & sempurna sifat,doa anak soleh..baca ayat kursi,alfatihah, istiqhfar bebanyak kali,dan doa Allah maha besar yg menjadikan langit dan bumi.

Masih dalam Pernantian
Satu hari kena tahan wad masih 3cm.rasa lama je...tapi debaran makin kuat..Dalam hati bedoa je.."Ya Allah Permudahkanlah Kelahiran Anak ku"....

24 disember 2009, Khamis
Esok nya 4.00 ptg cek servik lagi baru terbuka 4cm..sakitnya Allah je yang tahu,..Doktor suruh jalan-jalan supaya baby cepat turun ke bawah dan jalan cepat terbuka.Aku pun jalan lah pusing-pusing kat kawasan bilik wad org bersalin tu.7.15 cek servik lagi dah terbuka 5cm pulak..terus nurse bawak turun ke bilik bersalin.Masa ni lagi lah aku rasa dada aku berdegup semakin laju..Semakin kencang..Aku rasa menggigil je..Tak tahu kenapa..berdebar-debar sangat masa tu..
Berulang-ulang aku terus baca doa-doa tadi sehinggalah saat nak bersalin.
Sampai bilik bersalin doktor terus pecahkan air ketuban.Pastu terus contraction makin kuat.sakit semakin kuat...selama 5 jam aku menahan sakit di bilik bersalin untuk menunggu bukaan lagi 5 cm terakhir.Sakitnya masa ni yg sangat-sangat lah ter amat sakit.. Hingga disaat akhir aku menahan kesakitan aku berdoa lagi untuk kali terakhir"Ya Allah percepatkanlah kelahiran anak ku ini"..sesungguhnya Allah itu maha mengasihani..dan maha mendengar..
Tiba-tiba doktor terus masuk dan mintak aku push sebab kepala baby dah nampak..

Saat-saat Akhir Untuk Melahirkan..
Pernantian Berakhir..Selama 5 jam di bilik bersalin..
25 disember 2009,
Jumaat ,12.10 Minit Tengah Malam…
Alhamdulillah...3 kali push anak ku selamat dilahirkan..hanya mengambil masa dalam 15 minit je untuk melahirkan anak ku.Aku bersyukur kerana dipermudahkan disaat melahirkan Aliya.walaupun ujianku kuat diketika saat contraction bukaan 10cm tu..Mmg sakit sangat yg masa tu..tak dapat nak diungkapkan bagaimana sakitnya.Allah je yang tahu..Masa jahit pun aku tak rasa sakit..Alhamdulillah..
Akhirnya Lahir lah Baby Comel Syarifah Nur Aliya Adriana Binti Syed Mohd Hafidz.
Nama yang Membawa Makna Islamnya:
[ ketinggian, seseorang yang suka melakukan kebaikan yang tiada hentinya ].
Semoga Aliya Adriana Menjadi anak yang Solehah di suatu masa nanti..Dan di dalam redhanya..Amin...

Dialah penawar duka ku setelah pemergian ibu tercinta yang tiada pengganti..dan dialah hadiah yg Allah beri untukku setelah aku kehilangan ibuku..Biarpun sedih didalam ujian mu yg hebat ini...Aliya adalah penguat semangatku yang kau hadiahkan untuk ku..Sesungguhnya Allah Maha mengasihaniku..
Alfatihah untuk ibuku yang amat kusayangi....
Terima kasih mak kerana berkorban melahirkan ku... menjagaku...menyayangiku... dan memeliharaku... dari kecil hinggalah besar.
Semoga dengan pengorbanan nya ini mak ditempatkan bersama org yg beriman dan bahagia disana...Sayang sangat-sangat kat mak..


Ibu & ayah Sayang Aliya.....

Pengalaman Mengandungkan Aliya Adriana

8 bulan
kecik je perot aku nie..haha..

cam baru 3 bulan kan..
tapi sesuailah ngan ibunya yg kecik molek ni..hihii
















9 Bulan

Masa Mengandungkan Aliya..Muka pucat je..tak berseri langsung..hehe..camnie rupanya nak dpt baby girl..masa ni aku nak kelihatan cantik tapi malas.huuu..mgkin juga sebab masa dah hampir tiba untuk melahirkan.semua dah rasa sakit-sakit dah masa ni.Allah je yang tahu..Baby ni pun dah asik mengeras-ngeras je ni..dah tak sabar nak keluar agaknya..hikss
Tengah menunggu hari je nie..semua perasaan ade..berdebar-debar..
Kelemahan demi kelemahan yg aku lalui selama 9 bulan mengandungkan aliya, sehinggalah Aliya selamat dilahirkan kedunia ini dengan berat 2.25kg..Terima kasih Ya Allah kerana memberiku segala kekuatan ini dan menghadiahkan ku dengan kurniaan mu yang tidak ternilai ini..Aku bersyukur padamu..
Alhamdulillah..semuanya dah selamat..






















Friday, 23 April 2010

Kehilangan Ibu Tersayang

Salam perjuangan

Tanggal 22 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 15 Jun 2009 (ISNIN) hampir jam 2.00 petang , aku telah kehilangan seorang insan yang penting dalam kehidupan ini iaitu ibuku telah kembali kerahmatullah di usia 59 tahun. Pemergiannya yang tiada pengganti. Aku bersyukur walaupun dalam kesibukan melaksanakan amanah perjuangan, Allah menerima doa ku supaya aku masih ada peluang berada di sisi ibuku dan dapat menjaga ibuku di hospital di saat terakhir bersama ibuku yang akan pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya menghadap Allah S.W.T.

Detik yang tidak aku lupakan dan aku mula menjangka akan kehilangan beliau ialah pada waktu asar hari sabtu dihospital di mana mak meminta aku menyelimutkan beliau dengan selimut yang tebal akibat rasa sejuk.Dan pada waktu zohor esoknya hari Ahad sebelum aku nak balik KL aku lihat ketika Along,Meyra ngan Kak Mezi angkat mak utk membetulkan lapik katil aku lihat diketika itu mak seperti akan pergi buat selamanya.Ya Allah..telah apa yg aku rasakan ini seseungguhnya benar.Aku akan kehilangan ibuku buat selama-lamanya…”Ampuni daku mak”….Aku tak seharusnya balik KL hari itu.Tapi Allah telah menentukan segalanya yang terbaik..Mak semakin lemah dan tak bermaya.. waktu itu juga penyakit kanser mak semakin teruk akibat kanser itu telah merebak ke seluruh bahagian usus. Mak juga sempat memohon maaf dengan sahabat-sahabatnya serta memberi pesan kepada adik ku meyra “Semua anak-anaknya jangan berpecah belah walau apa pun terjadi”… Aku juga sempat membacakan yassin, Dua hari sebelum mak menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Jenazah mak selamat disembahyang jam 10.00 malam dan disemadikan di kubur Felda Nitar 02 jam 10.30 malam…Doa ku setiap hari,setiap malam semoga rohnya dicucuri rahmat, dilepaskan azab kubur, dilepaskan azab api neraka dan dimasukkan ke syurga tanpa hisab serta ditempatkan bersama orang-orang mukmin, orang alim, para nabi dan isterinya, Rasullah dan para sahabat.Semoga mak damai di sana….